DS NAJIB MOHON PEMILIK PREMIS BERI DISKAUN KEPADA PENYEWA RUMAH, BANGUNAN, LOT OFIS DAN KEDAI

Kepada tuan-tuan tanah, tuan rumah, tuan kedai, tuan ofis, tuan shopping kompleks, tuan pemilik teksi dan lain-lain pihak yang mengutip sewa: Saya faham bahawa tiada undang-undang yang boleh digunakan oleh kerajaan untuk menghalang tuan-tuan dari menuntut sewa bulanan dari penyewa masing-masing. Namun, bank-bank sudahpun membenarkan bayanran ansuran ditangguh selama 6 bulan. Sebab itu, saya harap tuan-tuan yang baik hati boleh bertimbang untuk memberi diskaun sewa sehingga 90% (kerana saya faham bank masih mengenakan faedah dalam tempoh tangguhan ini) mengikut kemampuan tuan-tuan ataupun mengecualikan sewa kepada penyewa pada tempoh krisis Covid ini. Tiada kebaikan kepada tuan-tuan juga jika pelanggan tuan-tuan terlingkup pada masa yang amat susah ini. Jika tuan-tuan tendang keluar penyewa kerana tak bayar sewa pun, tiada pelanggan baru yang akan ganti sewa pada masa susah ini. Kita saling bantu-membantu pada masa susah. Kita jaga kita. (Dari FB Najib Razak)